CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Wednesday, August 28, 2013

Kalau Aku Tiba-tiba Jadi Kaya...

Assalamualaikum...

Sangap!! 4 chapters done, 2 more to go.. Orang lain buat correction kejap je, entah mengapa puan Farahiyah Jasni ni lama betul nak siapnya..! Banyak main, itu lah jadinya.. Huhuhuhu..

Korang pernah terfikir kalau tetiba korang dapat duit sedebuk depan mata, nak buat apa?

Kalau aku tetibe jadi kaya kan, aku nak beli ni...

1. 

Halford : Zuzz 4 Baby stroller
Sebab aku kesian dengan Faris, si baby debab aku tu naik stroller Fatin yg dah agak uzur. Pulak tu member berbadan semangat jitu, oleh itu, kadang-kadang roda pun dah mengeluarkan bunyi keruek-kruek tanda betapa seksanya dia nak tanggung weight anak aku tu..Hahaha... Inilah nasib 2nd child, selalu dapat barang terpakai....
Aku pilih Halford Zuzz 4 sebab aku rasa harga reasonable as compared to Quinny Zapp and design lebih stylish *sket la* daripada Maclaren.. Mengikut pandangan mata saya yg agak katak di bawah tempurung bab-bab brand ni ye... Hihihihi

2.
Sony Xperia SP smart phone
 
Smart kan? Smart kan? Aku dengan enche suami berangan nak beli phone ni suatu hari bila kiterang dapat rezeki melimpah ruah dari langit.. Hahaha.. Abang warna hitam, B warna putih.. Sehati sejiwa gitu.. *gediks tahap max.. Nyampah! Hahaha*
Sebab pilih yg ni, sebab enche suami kata phone ni spec dia best.. Boleh? Tak ada pendirian diri sungguh mu ni Farahiyah! And I just need a slightly more sophisticated phone than the one that I own now.. That's all.. Phone sekarang, Alhamdulillah, masih works well, at least boleh la acts as a smart phone (secara basic..). Tapi bila join whatsapp group yg ramai members and banyak conversation, dia pun mula lah nak hang.. Tak kasik can langsung! 
Plus, phone skang tak dak instagram!! Dan aku rasa sungguh ketinggalan zaman sebab tak ada Instagram.. Mama aku pun ada account Instagram! Tapi, entah kenapa rasa ketinggalan pun tak tau.. Bukannya ada siaran berita dunia ke hape kat Instagram tu... Hihihihi...

3.
Avent 2-in-1 steamer and blender
Ini adalah steamer dan blender dalam satu device. Canggih bukan? Mendalah ini adalah untuk memudahkan proses membuat makanan bayi.. Mula-mula kita steam the raw material, such as carrot, apple or whatsoever, then kita terus blend.. Best kan?
Memandangkan Faris dah hampir 6 bulan dan memang dah ready sangat for solid, since dia selalu tenung makanan yg kami makan macam nak telan je dengan sudu-sudu sekali, siap dengan efek air liur meleleh, jadi, si mama ni dah fikir-fikir penyediaan suitable solid food for him. Tetiba terjumpa device ni.. Wallaweii.., kagum seyy.. Senang je.. Terbalik-balikkan je...
Tetapi melihatkan harganya, iaitu 300++, si mama terus merasakan macam not worth it je.. Sebab nak pakai steamer bukan lama sangat. Nanti dah start porridge, tak ada nak steam pun. Lagipun steamer yg ada jadi hiasan dalam kitchen cabinet tu nak buat apa?? Jadi adalah lebih save kalau mama beli new blender je, khas for Faris' food..Lebih jimat.. Tapi ini kisah kalau aku miskin macam sekarang, kalau aku kaya, setakat tiga ratus macam duit jajan je, memang aku angkat mendalah ni.. Confirm! Hehehe...

4.


Korang tau ni apa? Ini adalah rak kasut! Ha...apa ke jadahnya papa kedana sangat urs truly korang ni sampai rak kasut pun kena tunggu rezeki dari langit?? Hahahahaha.. Sekarang kami tak ada rak kasut proper.. Dan kami berangan nak beli rak kasut yg bertutup, so that our house will look neat and tidy from outside.. Sekarang letak kasut dalam open rack, and agak kecil utk capacity kasut kami 4 beranak *macamlah si baby tu pakai kasut beriya..ahaks..*, jadi, macam serabut sket lah.. Walaubagaimanapun, memandangkan aku tengah cerita kalau aku kaya, jadi aku nak angkat rak kasut canggih macam gambar ni.. Boleh pusing-pusing-pusing, tarik-tarik.. Bahagian yg kanan tu leh simpan payung ke, helmet ke, jacket enche suami ke.. Nice kan?


Sebenarnya banyak benda lagi nak beli kalau kaya..

Tengok tu, ada ke ingat nak bagi sedekah juta-juta kat anak yatim ke, tabung palestine ke, syria ke, egypt ke.. Kann??

Sebab tu agaknya Tuhan bagi aku rezeki cukup-cukup untuk kami anak beranak.. Alhamdulillah.. Kalau tidak, tah hape-hape yang dibelinya..

K lah.. good day u'ols... :)



Loads of love, 
* Farah Jasni*

No comments:

Post a Comment

And They Said....

Labels

A.Y.A.H (4) besties (3) blog (5) breastfeeding (6) breastpump (1) dcs (1) Dell Studio 1537 (1) Educare (6) Family (11) Faris (8) fashion (1) Fatin (45) food (2) gadget (7) geram (8) happy moments (17) Health (11) hobbies (3) hubby (13) I Love Islam (1) iium (2) information (11) isu semasa (6) jalan-jalan (4) l.o.v.e (14) M.A.M.A (5) merepek (29) motherhood (23) movie (3) My sweet home (1) myself (51) Oh my sweethome (5) peringatan (15) PhD (1) picas (7) Project (3) raya (2) rkgs (1) robotics (2) Rojak (3) shopping (2) studies (26) UIA (3) UTube (6)

Snag a Button