CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Monday, April 30, 2012

Aku betul...Engkau salah...

Aku kata, aku yang BETUL
Kau pulak kata, kau yang BETUL,
Habis, siapa yang BETUL,
Kau Betul?Ke aku yang BETUL?

Aku kata kau yang SALAH,
Kau pun kata, aku lah yang SALAH,
Habis, aku ke kau yang SALAH,
Hish, naik serba salah..

Apa yang dah jadi?
Kenapa mesti menuding jari?
Mesti ke menang kan diri sendiri?
Tak boleh sama-sama kita fikiri..

Jangan jadi extremist
Cuba kita jadi optimist
InsyaAllah, akan ada gerimis 
*hahaha...I dah tatau nak bantai apa...*

Salah betul,kita ke tentukan?
Siapa kita, dah naik taraf jadi Tuhan?

Kau saudara aku...
Aku saudara kamu...
Bukan kah kita sembah Tuhan yang Satu..
Jadi, sudah-sudah la tu...


Sudah la tuh bertegang urat
Buang yang keruh,ambil yang jernih,boleh buat?



Eh...out of the blue terletak pulak gambar warna kuning nih.. Ha..ha..tak tau! ;p
 
 



 Loads of love, 
* Farah Jasni*

Tuesday, April 24, 2012

Shame,,,Shame.. Tak Malu..

Assalamualaikum y'ols...


Ha...today I nak buat post tak malu sket... Ooopppsss..

Check this video out...

Jeng...jeng...jeng... Title macam hot and spicy je.. 




Ha...have y'ols watched it? Hehehehe... 

Interesting kan y'ols???

And y'ols noticed tak... The video makers and the casts are all 'budak mentah'.. Teenagers y'ols!!!
*Tho in this video they might be overly condemned those who are not covering the aurah, but excuse them for that (but what they said is true indeed..kan,kan? hehehe..).. They are TEENAGERS..memang nature teenagers ada extra emosi.. hehehe...*


Watching this, make me wanna say this to myself...
"Shame...shame....tak malu....",

Even the teens have awareness, guts and effort to say this... And look at me.. keep saying, 
"Semoga Allah buka kan hati mereka..."

And in fact, there are quite numbers of YouTube videos yang actually made by teenagers but preaching about good things and dakwah y'ols.. 


And for that, I think they are "AWESOME!!!"...

Alhamdulillah... Muda-muda dah ada kesedaran..

So maybe y'ols wanna surf around and check for ur self for this adik-adik awesome.. Do subscribe them... 
 If u ask me, it's the best way to listen to tazkirah (reminder) in ur busy day.. Coz guess what, we might feel we are TOO busy to attend majlis agama/usrah/halaqah and etc, but suprisingly, we do have time to surf FB, YouTube and etc.. 
*Maybe this presumption is not true for y'ols..., kat I je.. I tau y'ols baik-baik orangnya.. hehehe...*


So, by watching this, we can muhasabah ourselves and think about the things that the adik-adik awesome sembangkan, sambil dok congak, jauh sangat dak beza umur kalau den nak buat jadi menantu... Ooooppppssss, gitu.... HAHAHAHAHAHA....


K lah y'ols...


Wassalam....

 Loads of love, 
* Farah Jasni*

Friday, November 4, 2011

MasyaAllah....

As salam u'ols..

Happy Friday!

Yesterday, while I was watching BabyTV *yup that is my fav channel now!* with my Fatin, Mama hurriedly came out from her room and told me that someone wanted to organize an assembly to fight for freedom in sexuality orientation. It is called "sexuality merdeka" if I'm not mistaken.

I was like "WHAT THE HECK??"..MasyaAllah....

Guess some people in Malaysia has gone crazy and insane! And I heard, part of the organizing committee was someone really famous for leading another unnecessary assembly in Malaysia few months back.. I don't want to mention the name here.. Jijik and Geli!

As for me, that proposal, or even the idea, is blindly stupid and ridiculous.. This is MALAYSIA, dude! Kita menyanjung agama ISLAM as agama rasmi.  So, what they are trying to do here, from my point of view is like mencabar kedudukan ISLAM di Malaysia nih! HOW DARE YOU!!
 
Terang lagi bersuluh, ISLAM MENGHARAMKAN HUBUNGAN SEKSUAL LUAR TABI'I.. Hampa nak jadik GAY ke LESBIAN ke *tak takut azab Allah* hampa punya pasal.. Yang nak pi drag seantero rakyat Malaysia menghalalkan benda keji yang hampa nak buat tuh buat pa??? Tak ada keje???

Earlier today I read through a note in FB written by Dr Juanda Jaya shared by a friend. Honestly, I dunno who Dr Juanda really is, however, things that he said do make sense as hujjah to deny that very-disgusting + ta'ban assembly. 

Check this out!

"Islam akui kebebasan manusia. Ia suatu hal yang kudus. Kebebasan dalam erti kata menghormati sifat manusia, bukannya kebebasan yang menjerumuskan manusia kepada sifat binatang dan anti-manusiawi. Hal ini berlaku kerana Islam meletakkan manusia sebagai makhluk paling mulia, jauh berbeza dengan binatang. Hatta manusia non muslim juga diberikan hak untuk dihormati dan diberikan kebebasan yang sama untuk mereka. Nabi SAW bangun menghormati jenazah orang Yahudi yang menurut baginda adalah suatu manusia yang layak dihormati. Nabi SAW menyambut rombongan Kristian Najran di dalam Masjid kedua paling mulia iaitu Masjid Nabawi. Baginda menulis surat yang dimulakan dengan Salam untuk menghormati penerima suratnya yang terdiri daripada Kisra Parsi yang beragama Majusi, Kaisar Rom yang beragama Kristian, Muqauqis dan sebagainya.

Ya, Islam hormati kebebasan, tetapi dalam batasan manusiawi yang sudah pasti diakui manusia seluruhnya secara universal sebagai prinsip yang wajar diterima dan diperakui. Namun apabila ada yang cuba merendahkan taraf manusiawi insan lebih rendah berbanding haiwan, golongan syuzuz, aneh, pelik dan anti manusiawi ini wajar ditentang.

Binatang pun tahu pasangannya. Ayam jantan pasti akan mengendeng kepada ayam betina. Ayam jantan payah nak duduk sekali dengan ayam jantan lain. Ayam ayam jantan ini pasti bergaduh sakan bagi merebut ayam betina. Mereka mustahil bergaduh untuk berebut sesama jantan. Wow! Apa sudah jadi kalau manusia sudah jauh lebih hina daripada binatang? Yang jantan berpasangan dengan jantan yang lain, dan begitu jugak yang betina. Tak malu ker kepada ayam, itik, angsa, katak dan segala binatang senatero alam? Kalaulah ayam itu boleh bercakap bahasa manusia, sudah pasti ayam itu akan menyindir manusia yang aneh dan pelik ini. Mungkin ayam jantan tu akan berkata; Jantan jenis apa kamu ni? Memalukan manusia dan binatang jantan jer kamu ni?

Golongan yang memperjuangkan seksualiti aneh dan pelik ini wajar ditentang kerana mereka tiada tempat untuk duduk bersama manusia yang normal. Mereka akan membawa wabak yang merosakkan sifat manusiawi. Mereka juga pasti membawa kerosakan dan bala kepada manusia normal."


Make sense kan?? Bukan bermakna if Islam rejects this very-disgusting + ta'ban *I will be repeating this over n over again!* proposal, Islam denies human right! Nak freedom pun kena la ada limit, derr... Tah pape lah!

Hai..., apa nak jadi ngan Malaysia nihesok lusa, camana lah.. Huhuhhuhu...

So, k lah... Nak merenung masa depan... huhuhu...

Wassalam...


 Loads of love, 
* Farah Jasni*

Friday, July 15, 2011

O Allah, Please Bless Me...

Assalamualaikum u'olls..

Selamat Hari Jumaat, penghulu segala hari.. Alhamdulillah, still, we were granted another chance to live today.. May we were forgiven for yesterday's sins and are blessed with a good day today, InsyaAllah..

Yeah, I'm no alim ulama' to preach Islamic teachings, but our beloved Rasulullah said, "Sampaikanlah, walaupun satu ayat". So, in this entry, I feel like sharing something..

Honestly, lately, I was not really happy, and peaceful. I think I know why, but I don't think I wanna share it here.. hehe.. *Cam ngada-ngada, dah cakap, tiba-tiba nak rahsia-rahsia lak! Wakaka..*. So just now, since I was rili feel 'menyampah' and disgusting with some people on this earth, I googled the du'a in the net for me to feel calm and hopefully can erase or at lease reduce the anger and disgust in my heart.. Suddenly, I came across to this one website, entitled, Koleksi Hadis Nabi.

There is a post, "6 Golongan Yang Sukar Menerima Dakwah".. I was like.., hmm.., menarik.., so I read the post and now, I wanna share it with u'olls.. Semoga kita sama-sama mengambil iktibar dan tak tergolong dalam golongan yang 6 tuh.., InsyaAllah.. Amin..

1. Mereka yang Menolak Kebenaran

Surah Al-Anfaal [8] : 22
22. Sesungguhnya binatang (makhluk) yang seburuk-buruknya pada sisi Allah ialah; orang-orang yang pekak dan tuli yang tidak mengerti apa-apapun.

Maksudnya, manusia yang paling buruk di sisi Allah yang Maha Agung ialah yang tidak mahu mendengar dan memahami kebenaran. (Rujukan : Tafsir Ibn Katsir)
Zaman ini : Setelah mendengar seruan Nabi Muhammad salallahu ‘alaihi wasallam (saw) mereka mengingkarinya dan mengatakan itu adalah amalan orang-orang lama (konservatif) dan pemikiran yang beku (jumud). Mereka menolak hadis-hadis dari Rasulullah saw dengan pelbagai alasan, malah mengatakan hadis-hadis inilah punca perselisihan dan perpecahan umat Islam sekarang.
Orang-orang seperti ini sangat sukar menerima dakwah kerana mereka sendiri enggan mengakui akan kebenaran Al-Quran dan Nabi Muhammad saw. Perkara ini bukan hanya terjadi pada orang kafir dan munafik sahaja, malah tergolong juga pada orang-orang yang mengaku Islam pada mulutnya, tetapi tidak beriktikad dalam hatinya.
Mereka tetap bersolat dan melaksanakan ibadah sebagai seorang muslim, tetapi mereka menolak apa yang diperintahkan Allah yang Maha Agung melalui Rasul-Nya dan sebenarnya mereka tidak mengetahui mereka telah cenderung kepada kemunafikan dan kekufuran. Contohnya; Mereka mengatakan ada perkataan dan hukum yang lebih baik dari Al-Quran, malah mencaci pula Rasulullah saw dan para sahabatnya r.a.
Hadis : Dari Abu Hurairah : Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa taat kepadaku, bererti dia telah taat kepada Allah SWT; dan barangsiapa menderhakaiku, bererti dia derhaka kepada Allah SWT." (0003) [Sahih Ibnu Majah]

2. Mereka yang Taksub Mengikuti Tradisi

Surah Al-Baqarah [2] : 170
170. Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah," mereka menjawab: "(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami". "(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk?".

Maksudnya, mereka yang telah diseru supaya mengikut perintah dan larangan Allah yang Maha Agung, tetapi mereka ingkar dan beralasan tradisi nenek moyang tidak boleh ditinggalkan, iaitu penyembahan berhala dan membuat sekutu-sekutu bagi Allah yang Maha Agung. (Rujukan : Tafsir Ibn Katsir)
Zaman ini : Manusia zaman ini pula tidak terlepas dari mengikut tradisi nenek moyang mereka walaupun ia bertentangan dengan syariat. Amalan-amalan khurafat zaman dahulu seperti keris sakti pusaka, cincin geliga yang mampu menyembuh penyakit, gelang dan rantai yang dapat memberi kesihatan dan pelbagai lagi sekutu-sekutu yang diciptakan bagi menidakkan kekuasaan Allah yang Maha Agung.
Selain itu ada pula yang mengikuti tradisi kitab. Apabila berdakwah kepadanya mengenai sesuatu amalan atau ibadah yang bercanggah dengan syariat dan dikemukakan kebenaran dan faktanya, mereka mengatakan kitab itu hasil nenek moyang mereka dan mereka tetap mengikut kitab itu. Walhal kitab itu penuh penyelewengan seperti penuh hadis palsu, salah faham dalam penafsiran dan sebagainya.
Orang-orang seperti ini sangat sukar berdakwah kepadanya kerana mereka begitu taksub dengan tradisi mereka.
Hadis : Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa menyeru ke jalan petunjuk (kebaikan), maka baginya pahala seperti pahala orang-orang yang mengikutinya, yang tidak terkurangi sedikitpun dari pahala-pahala amal mereka sama sekali.
Barangsiapa menyeru kepada jalan yang menyesatkan, maka baginya dosa semisal (sama) dosa orang-orang yang mengikutinya, yang tidak terkurangi sedikitpun dari dosa-dosa mereka sama sekali.” (0172) [Sahih Ibnu Majah]

3. Menyangka Majoriti adalah Kebenaran
Apa yang dimaksudkan adalah; melihat ramai orang yang melakukan sesuatu kemungkaran, dan kita menyangka bahawa perkara itu dibolehkan dalam syariat. Contohnya wanita yang memakai tudung yang jarang, wanita yang berbaju lengan pendek dan mempamerkan bentuk badan, wanita yang menyanyi di pentas (anugerah itu dan ini) dan pelbagai lagi yang bertentangan dengan syariat.
Walaupun contoh diatas pelakunya adalah wanita, tetapi di belakangnya terdapat kaum lelaki yang membiarkan malah menganjurkannya pula kerana mereka (lelaki) juga menyangka perkara itu dibolehkan. Ini termasuk para suami dan para bapa; sedangkan lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita dan mereka akan ditanya tentang kepimpinan mereka.
Surah An-Nisaa' [4] : 34
34. Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), .......
Apabila tiba hari pembalasan, orang yang dipimpin akan mula menyalahi para pemimpinnya kerana terlalu takut.
Surah Al-Ahzab [33] : 67
67. Dan mereka berkata: "Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar).
Apa yang penting adalah, kebenaran itu didasari dengan ilmu. Di manakah pula cara, atau sumber kepada ilmu bagi mendapatkan kebenaran? Jawapannya adalah; Al-Quran dan Hadis termasuk juga ijtihad dan kesepakatan seluruh ulama. Selain itu terdapat juga ijtihad perseorangan ulama yang muktabar (kepelbagaian pendapat).
Kebenaran itu tidak semestinya mengikut majoriti, jika terdapat kesalahan dan kesilapan orang terdahulu kemudian setelah diketahui kebenarannya, hendaklah kita menerima dengan hati yang terbuka dan perbetuli kembali kesalahan dan kesilapan itu agar tidak membiarkan generasi akan datang terus menerus dalam kesilapan.
Hadis : Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Kalau amanah tidak lagi dipegang teguh, maka tunggulah saat kehancuran.”
Ia (Abu Hurairah) bertanya, ‘Bagaimana orang (yang) tidak memegang teguh amanah itu ya Rasulullah?’
Beliau (Nabi saw) menjawab, “Kalau sesuatu urusan telah diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran.” (1746) [Sahih Bukhari]

4. Mereka yang Berilmu Pengetahuan

Surah Al-Mu'min [40] : 83
83. Maka tatkala datang kepada mereka rasul-rasul (yang diutus kepada) mereka dengan membawa keterangan-keterangan, mereka merasa senang dengan pengetahuan yang ada pada mereka dan mereka dikepung oleh azab Allah yang selalu mereka perolok-olokkan itu.
Di antara orang yang paling sukar didakwahkan juga adalah orang yang ‘menyangka’ dia sudah mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup. Sebarang pendapat yang berlainan dengannya akan ditentang habis-habisan walaupun bertentangan dengan hadis Nabi saw. Mereka akan berhujah dengan kitab itu dan ini, kata-kata guru itu dan guru ini malah mereka lebih mengikut pendapat guru dan kitab mereka melebihi perkataan Rasulullah saw sendiri.
Apa yang lebih melucukan adalah, mereka menggunakan dalil yang langsung tidak layak seperti suratkhabar, radio dan sebagainya bagi menentang atau beralasan menolak hadis Rasulullah saw.
Hadis (diringkaskan): Dari Irbadh bin Sariyah : Rasulullah saw bersabda, “....Kamu akan melihat perselisihan yang sangat dahsyat sesudahku, maka hendaklah kamu berpegang pada Sunnah-ku dan Sunnah-Khulafa ur rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah dengan gigi gerahammu dan jauhilah perkara-perkara baru, sesungguhnya setiap bidaah (perkara baru dalam agama) adalah sesat.” (0040)

5. Orang yang Mempunyai Pangkat, Harta dan Kuasa

Surah Az-Zumar [39] : 49
49. Maka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat dari Kami, ia berkata: "Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah kerana kepintaranku." Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui.
Umum kita mengetahui sepanjang sejarah dakwah para Rasul dan Nabi mempunyai banyak tentangan dari orang yang mempunyai pangkat, harta dan kuasa (sila rujuk sirah para Nabi dan Rasul). Keadaan ini berterusan pula sehingga ke hari ini, tetapi perlu diingat bahawa pengulangan sejarah ini adalah sebagai satu pengajaran buat umat zaman akhir ini. Apakah yang telah terjadi kepada orang-orang yang menentang risalah Rasul mereka? Mereka menerima kebinasaan di dunia dan di akhirat.
Mereka menganggap segala nikmat yang diberikan oleh Allah yang Maha Agung adalah kerana hasil usaha mereka sendiri. Mereka lupa bahawa nikmat itu pasti akan ditanya kembali pada hari pembalasan mengenai apakah yang telah mereka perbuat terhadap nikmat itu. Mari kita perhatikan kata-kata Qarun;

Surah Al-Qashash [28] : 78
78. Qarun berkata: "Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu, kerana ilmu yang ada padaku." Dan apakah ia tidak mengetahui, bahwasanya Allah sungguh telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya, dan lebih banyak mengumpulkan harta? Dan tidaklah perlu ditanya kepada orang-orang yang berdosa itu, tentang dosa-dosa mereka.
Kedua-dua ayat diatas menyatakan akan kesombongan golongan yang kelima ini. Apabila didakwahkan kepada mereka agar mentaati perintah Allah yang Maha Agung dan Rasul-Nya, mereka sangat sombong; mereka berkata ada perkataan yang lebih baik dari itu pada zaman moden ini. Tujuan mereka tidak lain hanyalah untuk menambah kekayaan mereka sahaja dan takut rugi dari segi kehilangan pengaruh dan kuasa.
Hadis : Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Setiap umat ku masuk ke dalam syurga, selain orang yang enggan.”
Mereka bertanya, ‘Ya, Rasulullah, Siapakah yang enggan (masuk syurga) itu?’
Jawab Nabi saw, “Siapa yang mematuhi perintah ku, masuk syurga dan siapa yang melanggar perintah ku, maka sesungguhnya orang itu enggan (masuk syurga).” (1952) [Sahih Bukhari]

6. Sangka Buruk

Surah Al-Hujuraat [49] : 12
12. Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka, kerana sebahagian dari prasangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjing (memfitnah, mengumpat atau mengata) satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.
Mereka ini sentiasa bersangka buruk pada orang lain, terutamanya kepada orang-orang yang mempunyai kelebihan dari mereka. Mereka mencari-cari kesalahan orang lain tanpa melihat diri sendiri. Mereka juga menganggap mudah mengenai hal-hal ilmu agama dan melihat orang lain lebih rendah dari mereka.
Surah Al-Hujuraat [49] : 11
11. Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan.
Mencela diri sendiri juga bermaksud mencela para mukmin yang lain. Orang seperti ini sukar didakwahkan kerana mereka menganggap orang lain semua sama seperti mereka termasuk juga para ilmuwan dan pendakwah. Padahal di dalam Al-Quran jelas mengatakan orang yang berilmu tidak sama dengan orang yang jahil.
Surah Az-Zumar [39] : 9
9. .......... Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.
Hadis : Dari Aisyah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Orang yang sangat dibenci Allah ialah orang yang suka bermusuh-musuhan.” (1915) [Sahih Bukhari]
PENUTUP
Setelah kita mengenali enam golongan di atas, dapatlah kita memperbaiki diri agar lebih mudah menerima pendapat orang lain dan bertolak ansur sesama saudara se-Islam. Mungkin juga kita tergolong dalam salah satu golongan di atas, tetapi kita tidak menyedarinya selama ini.
Kepada para pendakwah, strategi yang betul diperlukan bagi menarik minat orang ingin didakwahkan agar dakwah itu benar-benar memberi pemahaman kepada penerimanya. Selain itu, isu-isu yang diutarakan juga perlulah lebih segar, iaitu isu-isu yang berkaitan dengan kehidupan semasa supaya contoh-contoh yang diberikan nampak lebih jelas dan mudahlah untuk mereka memahaminya.
Hanya kepada Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayanglah kita memohon perlindungan agar terhindar dari menjadi enam golongan di atas. Kesabaran dalam berdakwah amat diperlukan, janganlah sesekali berputus asa kerana putus asa hanyalah sikap orang kafir.
Surah Al-Baqarah [2] : 153
153. Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.

Hadis : Dari Mu’awiyah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Sentiasa ada segolongan umat ku yang selalu berjuang menegakkan agama AllahTa’ala. Mereka tidak akan celaka oleh orang-orang yang menghina atau menentang mereka sampai hari kiamat. Bahkan mereka tetap menang atas semua manusia.” (1873) [Sahih Muslim]
 Source from : http://koleksihadisnabi.blogspot.com/2010/10/enam-golongan-yang-sukar-menerima.html

Wa na'udzubillah hi min zalik.. 

Ya Allah, ampunkan kami, hamba yang lemah. Tegurlah kami, andai kata kami membuat kesalahan. Jangan Kau biarkan, kami dalam kesesatan. Bukakan pintu hati kami agar cahaya hidayah bisa menyinari.. Amin Ya Rabbal Alamin...

Dear friends, sometimes, some where, we just tend to make mistake. We tend to do sinful things. Sometimes, we don't even realize it.. So, we need to open our heart if someone try to correct us.. Because that is what we always need.. Dakwah and the truth is what we need.. 
If let say, you are not sure, which one is true, and which is not, then, berpadalah utk hanya percaya kepada kuasa Allah Ta'ala yang Maha Mengetahui.. Berdiam dirilah dan beristighfar.. Semoga Allah melindungi kita dari kesesatan.. 

 Life is just like a wheel. Sometimes kita berada nun di atas. Gemilang. Gembira. Luxurious. Then be thankful to Allah.. Coz, HE is the one who set that for us.. And believe, that HE can take everything in just a snap.. And sometimes, you are in the bottom side of the wheel, in your gloomy days, then be thankful as well.. Coz Allah knows, what is the best for us.. 

*This advice is actually specially dedicated to Farahiyah Jasni.. Yeah, to me.. And of course, Indirectly to my lovely readers...*

So, that's all from Ustazah Farahiyah.. *Wahh.., gitu... Jap, bagi can I nak perasan.. Hihi*. I hope, kita sama-sama dapat mengambil pengajaran, InsyaAllah.. Happy Friday u'olls... 

Wassalam...

 

Friday, June 10, 2011

Petrol Local..

Assalamualaikum u'olls...

Pekabo? I hope everyone is in marvelous condition, Amin.. Alhamdulillah, again, we are awarded another opportunity to breath in this world today..

First thing of all, I would like to ask u'olls, are you familiar with the world 'local'? It's not local = tempatan tau.. When I was a child, I did used this word a lot. 'Local' in this case, meaning 'not original'. I dunno how did that idea popped out during my childhood days, but my friends and I were using it a lot and confident gila maksud dia betul.. For instance, a friend bought a new Nike cap, and we were all like, 'Eh, ori ke local nih?'.. Hehehe.. Maknanya, betul ke Nike original punya, or pelesu punya.. Tapi kinda of weird kan when 'local' was used instead of 'fake'? *Mungkin those children who used proper English at that time referred it as 'fake' instead.. Hihihi...*

So, my entry today is about fake petrol.. Or not original petrol..

A few weeks back, my family and I were having dinner at home.. Suddenly Ayah said not to fill in petrol at Greenwood Shell petrol station. He heard from his surau-geng that, that petrol station is cheating on the quality of the petrol. They added kerosene inside the tank instead of pure petrol.. We were like, "Heh, takkan la kot...".. Ayah said, some of his friends' friend saw the staffs was doing it.. Still, the story was quite hard to believe.. I mean, a lot of questions, one of it, camana the Ayah's friends' friend tuh tau that it was kerosene that was added inside? Kan?

Actually, my sister and I are considered as regular customer la kat petrol station tuh.. Since it is just nearby our house, and we are Shell petrol user.. *Hubby said comparing all of the stations, Shell's petrol is the most economic. Sebab leh jalan more kilometer.. Guess it's true..*.. Ayah memang pengguna Petronas tegar..

So masa tuh, I tak amik port sangat la.. But somehow, after that, I baru teringat, that lately, cik Myvi I performed quite not well.. Macam lambat pick up.. I press accelerator dah jauh baru tukar gear.. *Cik Myvi kan auto.. Tekan minyak je.. Hehehe...* I thought, it's nothing. Just cik kak tuh dah due for service.. Bila dipikir-pikir balik, hmm..., mungkin kah effect daripada petrol campuran kerosene itu?

And coincidentally, about the same time gak, my sissy's car pon facing the same prob. Lagi lah teruk, mengaum-ngaum tapi gear tak automatically changed... Dah la she travels quite far everyday. Ulang alik to Shah Alam nu.. So, dangerous gak la kan? Ada seminggu tuh sampai kena pinjam kete lain la dia pi uni.. Ayah dah siap bawak pi workshop. mechanic kata, gear box dah out.. Nak ganti memang makan at least 5 riban.. So Ayah hold the decision, bawak balik umah dulu.. Dalam masa tengah memikir-mikir tuh, tetiba jadi ok balik.. Smooth je.. Hahaha.. Masa tuh memang pelik bin ajaib.. But maybe, petrol dah ran out, so ayah isi petrol len selain Shell di tempat berkenaan, tuh yg jadi ok balik..

Then bila we sat together satu family, we discussed bout this issue again. Ayah pon kata, at one time *not very long la..*, dia isi minyak kat situ, then Perdana tuh pon showing same symptom *Cehh, macam penyakit plak nye.. Gune perkataan symptom.. Hehe..*, lepas dia tukar balik to Petronas, things were better..

Hmm..., takkan la semua kebetulan.. All 3 cars had the same problem.. Bleh jadi pasal petrol.. I'm not quite sure if my brothers' faced the same problem too.. Tapi depa pny kete manual.. Tak tau la perasan ke dak.. Kami yg pakai auto nih yg terasa ketidak-pick-up-an nye.. *perkataan apakah ini? Hahaha...*

So since then, we decided to change to Petronas.. Tak taula it's just psychology ke hape, but I did feel the different la.. Kembali pick up.. Haha.. However, I tak nak la accused without strong proof.. This is just based on our experience.. Maybe coincident *but we think it is not...*..

Therefore, friends, out there, just be extra careful and cautious... It is not impossible that there are some parties who decided to cheat to gain extra profit. And unluckily the victim is us, the end-user.. As for me and family, we decided not to take the risk anymore.. Kami sudah bertukar ke Petronas pula.. Hehe.. Oh ya, maybe it just that particular petrol station yg practiced that unethical act, however, we just want to be in the safe side.. Tukar terus.. Hihihi..

K lah, that's all.. I'm sorry for cerita yg berterabur and huru-hara.. Rasa macam kelam-kabut je entry kali nih.. Wakaka..

Till next time u'olls... Wassalam..

Saturday, February 19, 2011

Kawin...Oh Kawin....

Assalamualaikum...


Hello u'olls... Wassup? Happy weekend everybody!! My baby was sleeping and hubby is off to college.. So I nyempat2 kan diri spending some time to write something..


Ok, lets talk about our topic of the day.. Kawin (err...actually this is spelled wrongly. It's supposed to be "Kahwin" ye.. Hahaha..). In english it means Marry, wedding and yg berkaitan..

I was blogwalking the other day and stuck in this one blog of somebody (atas sebab2
keselamatan, nama dirahsiakan..
). Don't worry, definitely not those yg baca blog I nih.. Eh, kira ngumpat ke hah? Tapi tak sebut nama tak pe kan...?? Hihihi...

The blog is FULL (and I really mean it...) of this makhlukat's stories about her wedding.. Yess, her wedding is SOOOOOO grand and she is SOOOOO proud of it.. It was like, she got her dreamed wedding la... Bajet wedding of the year la..

Reading her stories bout the wedding receptions (usually in Malay culture when there is 's' in the reception word indicates '2'. One for the bride side, the other for the groom's, but for her case, the plural indicates >2... Seriously, I tak tipu...), the preparations, the photoshots, the videoshots, the everything-wedding-related stuff la..., got me thinking, berapa juta agaknya she and hubby and family (biasanya keje2 kawin nih family mesti ada contribution sket. So masuk nama 'family' in the shareholders skali..Hehe) spent to make that so-called 'wedding-of-fairy-tale' to come true...

ALTHOUGH, she might come from a very-the-kaya family (which I don't think so, based on my background research... Serious, mak sibuk gile kan I nih? Hahaha..), or maybe she boom-boom-pow her hubby kaw-kaw punya just to make her dreamed wedding to be reality (her hubby mmg kaya la.. Keje off-shore kot!!), either way, from my point of view, it was totally PEMBAZIRAN....

I know, some might 'boo'ing me like crazy now, but, 'WHATEVA..', this is my blog what.. I'm free to share what I think.. Hihihi..

As for me, wedding is not merely about reception, glamorous, and stuff.. There's much more about wedding or getting married that we should focus on.. There's a lot more sweet and beautiful things in the 'getting'married' tuh sendiri..Kan? Kan?

1st thing 1st, the purpose of getting married itself.. To halallize (this word is inspired by Ustaz Abdi, IIUM.. lol) what is supposedly to be haram.. A boy and a girl, who is not muhrim to each other, by default is haram to be together, rite? I mean, they shouldn't touching-touching, meroenggeng sana-sini berdua sampai malam buta, ride motorcycle together-gether.. Those actions are prohibited in Islam.. Kan? Kan? By getting married, they got instant green light to do those things.. Aren't you guys feel that is SWEET already???

Then the reception, from what I understood, the concept of the 'kenduri' is actually to tell peoples around; neighbours, family, friends etc, that you guys are married and halal already. To avoid fitnah.. U know, things like, "Hang tau, anak si pulan tuh, dok berkepit ngan jantan mana tah, tunggang moto, tuh dia cam belangkas punya rapat..", to be happening just because the makcik didn't aware that actually 'anak si pulan' tuh dah kawin dengan 'anak si pulan2'..
That's SUPPOSE to be the real intention.. (kalo concept saya salah, feel free to correct me..).

So, for me, it doesn't have to be like REAL GRAND and spend like 'millions' just for it... I know you guys ada banyak duit to spend (not like me and hubby yg tak-berapa-nak-kaya-tapi-Alhamdulillah la..), but you better save the money yg berkoyan-koyan tuh for other things later after you guys got married and ada anak later.. Benda-benda yg lebih bermanfaat.. Tak tau ke tuition fee for college (or even school) nowadays is not cheap?? Save for that! At least for our children's future!!

Or even worse, if you take personal loan just to ensure your wedding is superb and super-grand and will be praised,like, over the year by friends and people around.. Is it really necessary??? Naaaahhhh, I don't think so...

What ever it is, this is just my opinion... As for me, the most wonderful thing about wedding and marriage is the union between me and hubby. The togetherness. Getting the green light to dating sakan... Having the access to snap pictures peluk-peluk (iyewww..gross, aite? Hahaha..). Yeah of course we always want something that is memorable. But it doesn't have to be TOO excessive... Duit bukan utk tuh je, mak ngah oiii.. Banyak lagi menda nak kena pakai duit later on...

So, guess tuh je la kot I membebel pasal kawin (pjg kot bebelan ini!).. Wakakaka...


(Image courtesy of Mr Google)


till next time.. Bye.. Wassalam..


Note out of topic : Teringin nak wat family photoshoot. 3 of us... Fatin, hubby and me.. Simple-simple je la.. Tapi budget bulan nih dah fully allocated for 'that something'. Maybe next month.. Hihihihi... Ehhh, photoshoot family tak kira membazir kot ek??? Hehehe...




Labels

A.Y.A.H (4) besties (3) blog (5) breastfeeding (6) breastpump (1) dcs (1) Dell Studio 1537 (1) Educare (6) Family (11) Faris (8) fashion (1) Fatin (45) food (2) gadget (7) geram (8) happy moments (17) Health (11) hobbies (3) hubby (13) I Love Islam (1) iium (2) information (11) isu semasa (6) jalan-jalan (4) l.o.v.e (14) M.A.M.A (5) merepek (29) motherhood (23) movie (3) My sweet home (1) myself (51) Oh my sweethome (5) peringatan (15) PhD (1) picas (7) Project (3) raya (2) rkgs (1) robotics (2) Rojak (3) shopping (2) studies (26) UIA (3) UTube (6)

Snag a Button